Foreword Message From Deputy Vice Chancellor
(Student Affairs and Alumni)

ProfesorDatukDrRohanaYusof
Professor Datuk Dr. Rohana Binti Yusof

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya website Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah dapat beroperasi secara sepenuhnya. Semoga dengan adanya website ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara para pelajar dengan Bahagian HEPA. Saya juga sangat berharap dengan adanya website ini akan memudahkan para pelajar untuk memberi sebarang cadangan, aduan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar.
 
Selain berusaha dalam membangunkan kepimpinan para pelajar, atas dasar ingin menjaga kebajikan para pelajar, Bahagian HEPA sedang dalam perancangan untuk menubuhkan satu “Unit Penginapan Luar Kampus”. Tujuan unit ini ditubuhkan adalah untuk memastikan kebajikan dan kemudahan para pelajar luar kampus terjamin. Saya mengharapkan agar para pelajar yang menginap di luar sana untuk memberi sebarang cadangan mengenai kebajikan anda dari masa ke semasa. Sehubungan itu juga, Bahagian HEP telah merancang dan akan mengaplikasikan satu sistem Shuttle Bus yang baru dalam meningkatkan perkhidmatan tersebut agar lebih memuaskan kepada para pelajar. Perkara ini sangat penting kerana ianya melibatkan kebajikan para pelajar. Ketika ini, Bahagian HEPA hanya menunggu masa dan waktu yang paling sesuai untuk menjalankan sistem tersebut. Dengan adanya sistem baru ini, saya mengharapkan agar perkhidmatan Shuttle Bus di varsiti ini akan dapat memudahkan lagi pergerakan para pelajar di dalam dan di luar kampus.
 
Harapan saya agar tahun ini akan menjadi titik tolak kepada Bahagian HEPA dan para pelajar dalam memastikan kebajikan para pelajar dapat ditingkatkan dan lebih terjamin. Akhir kata, renungilah dan hayatilah kata-kata ini “Jangan tanya apa sumbangan universiti kepada anda tetapi tanyalah apa sumbangan anda kepada universiti”.
 
Sekian, terima kasih.
 
Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaya

Last Update: February 27, 2017