STUDENT NEWS

Mahasiswa sembilan negara bersihkan pantai

ASEP

Kosmo  |  24 Januari 2019

Seramai 72 orang mahasiswa daripada sembilan negara menyertai program antarabangsa tahunan Asian Students Environmental Platform membersihkan pantai Pulau Carey, Selangor baru-baru ini.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaya (UM) merangkap penyelaras program, Dr. Fathiah Mohamed Zuki, program anjuran Yayasan Alam Sekitar AEON Jepun dengan kerjasama Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares) itu disertai oleh pelajar dari China, Thailand, Jepun, Vietnam, Korea, Kemboja, Indonesia, Myanmar dan Malaysia.

Sila TEKAN SINI untuk lihat paparan penuh artikel berkenaan.

Mahasiswa dekati warga Kampung Sentosa

Mahasiswa dekati warga Kampung Sentosa

Harian Metro (Bestari)  |  28 Januari 2019

MASYARAKAT luar bandar boleh ditambah baik untuk lebih berdaya saing sama seperti komuniti bandar. Jarak jauh dari kepesatan pertumbuhan ekonomi dan kemudahan asas kelas pertama, bukan penghalang jika penduduknya turut sama menikmati bentuk sokongan sosial daripada komponen masyarakat lain yang berkemahiran.

Menyedari hakikat itu, sekumpulan 29 mahasiswa Universiti Malaya (UM) dari Program Sains Pengurusan Alam Sekitar, Institut Sains Biologi (ISB), Fakulti Sains ‘turun padang’ ke Kampung Sentosa, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor, baru-baru ini.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Program yang sama turut mendapat liputan Berita Harian keluaran 07 Februari 2019 bertajuk "Pelajar ISB hulur ilmu di Kampung Sentosa". Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Pelawak tradisional Melayu: Persiapan, konsep dan teknik humor

175879
Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  04 Februari 2019

Perwatakan humor atau komedi, kelakar, jenaka dan lawak wujud dalam setiap seni persembahan tradisional di dunia dengan nama yang tersendiri mengikut budaya dan genre. Sebagai contoh; Auguste dan Badin (Zaman Pertengahan, Perancis), Bobo (Spain 1500 SM), Buffoon, Cabotin (Itali 1500 SM), Chou (Wayang Kulit China), Hanswurst (German dan Austria 1700 M), Harlequin (Persembahan Commedia Del Arte), Kartala dan Penasar (Dramatari di Bali), Semar (Wayang Kulit Jawa), Vidusaka dan Vita (India), Nibhatkin (Burma) dan lain-lain lagi.

Di dalam teater tradisional Melayu, watak orang yang berperwatakan humor wujud dalam pelbagai genre persembahan seperti Mak Yong, Menora, Jikey, Hamdolok dan Mek Mulung. Ia dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Peran Tua dan Muda, Awang, budak Raja, ‘orang suruhan Raja’, Awang PengasuhAwang Mindung Pengasuh (awe) atauPengasuh Raja dalam setiap cerita yang dipersembahkan. Fungsinya bukan sekadar pelawak, ahli lawak atau ‘orang kelakar’, malah lebih dari itu.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Mahasiswa SEKRUM teruja tanam padi tradisional di Acheh

170510
Sinar Harian (Kampus Uols)  |  30 Januari 2019

Sekumpulan 27 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaya (UM) dari pelbagai jurusan telah meluangkan masa bersama penduduk Desa Wisata Lubok SUkon, Aceh, Indonesia dengan menanam padi bersama, baru-baru ini.

Mereka merupakan peserta sebuah program anjuran Sekretariat Sukarelawan UM (SEKRUM) yang dinamakan ‘Voluntourism Abroad’, yang diadakan buat julung kalinya. Program ini menerima kerjasama daripada Universitas Syiah Kuala, Aceh, Indonesia.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Artikel program ini turut mendapat liputan oleh Kosmo! Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan yang ditulis semula oleh SEKRUM.

Artikel program ini turut mendapat liputan oleh Utusan Melayu Online. Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan

Dedah Sains Aktuari kepada pelajar sekolah

sains aktuari

Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  30 Januari 2019

Sains Aktuari merupakan cabang bidang sains yang menggunakan kaedah-kaedah matematik dan statistik untuk menilai risiko di dalam bidang kewangan, insurans dan perbankan. Bidang kerjaya yang melibatkan kepakaran dalam Sains Aktuari juga amat luas, kerana memerlukan individu yang bukan sahaja mahir dalam proses analisis statistik, namun mampu menyampaikan analisis yang dibuat melalui kaedah komunikasi yang bersesuaian.

Atas inisiatif ingin berkongsi platform terbaik dan bermanfaat kepada industri dan masyarakat, terutamanya pelajar sekolah, Persatuan Matematik dan Aktuari Universiti Malaya (UMACT) telah mengadakan sebuah program pendedahan dan perkongsian ilmu sains aktuari kepada lebih 100 pelajar sekolah menengah dari seluruh negara. Program yang dinamakan ‘Kem Aktuari Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan’ (NSACT) telah diadakan di Universiti Malaya (UM), dan disertai oleh pelajar yang bakal menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Mahasiswa 9 negara bersihkan pantai Pulau Carey

Pulau Carey

Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  17 Januari 2019

Program Asian Student Environmental Platform (ASEP) yang berlangsung selama empat hari ini turut merangkumi aktiviti-aktiviti lain seperti menyantuni warisan budaya orang asli Mah Meri di Pulau Carey, mendalami pengurusan hutan simpan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, dan usaha konservasi hutan paya bakau oleh penduduk tempatan di Taman Rekreasi Paya Bakau, Kampung Sijangkang, Kuala Langat, Selangor. Mereka turut dibawa melihat hasil penyelidikan tempatan di Rimba Ilmu UM, dan keunikan Taman Wetland, Putrajaya.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Puteri Bunga Bakawali sinar baru jikey

Jikey

Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  12 Februari 2019

Baru-baru ini, di bawah pengarahan Dr. Rosdeen, sebuah persembahan jikey ‘Puteri Bunga Bakawali’ telah diadakan di Panggung Eksperimen, UM.

Selain pendedahan kepada masyarakat mengenai jikey, pementasan ‘Puteri Bunga Bakawali’ ini juga bertindak sebagai platform kepada mahasiswa jurusan tari dan drama Pusat Kebudayaan UM untuk menimba pengalaman profesional dalam sesebuah produksi teater tradisional.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Persembahan Jikey 'Puteri Bunga Bakawali' ini turut mendapat liputan daripada Kosmo! Online bertajuk "Hayati Nilai Tradisi Teater Jikey". Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Misi menyelamat pantai, penyu

pantai

Utusan Melayu  |  14 Februari 2019

Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) baru-baru ini menjayakan program kemasyarakatan, Kembara Sukarelawan 2018 bertujuan memberi pendedahan kepada sukarelawan tentang peranan yang boleh dimainkan dalam aspek kelestarian alam terutama berkaitan pengurusan ekosistem dan biodiversiti pesisiran pantai.

Program anjuran Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya (SEKRUM) itu mendapat kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin (PERSIS Unisza) dan Kelab Penyayang Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Nursyahmina bijak, aktif di kampus

aktif

Berita Harian (Varsiti)  |  14 Februari 2019

Bergelar pelajar jurusan Sains Matematik Gunaan sering dianggap sebagai bijak, tidak pandai bersosial dan hanya fokus pada akademik semata-mata.

Bagaimanapun, tanggapan berkenaan dinafikan oleh pelajar Tahun Tiga Universiti Malaya (UM), Nursyahmina Amirah Adnan, yang ternyata bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga aktif menyertai pelbagai pertandingan serta aktiviti di kampus.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Mahasiswa UM berkongsi rasa di Kampung Sungai Tonggang

kampung JKOA

Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  19 Februari 2019

“Interaksi secara langsung antara anak-kanak dan belia di perkampungan ini dengan mahasiswa Universiti Malaya (UM) bakal menjadi pencetus kepada kisah-kisah kejayaan mereka pada masa akan datang,” kata Dr. Mohd. Effindi Samsuddin, pensyarah kanan Akademi Pengajian Melayu UM, yang juga merupakan Pengetua, Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Pelajar bersihkan Pulau Carey

pulau carey

Utusan Online (SAINS)  |  21 Februari 2019

Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Malaya (UMDr. Fathiah Mohamed Zuki berkata, bagi mencapai matlamat tersebut satu program melibatkan pelajar universiti diadakan baru-baru ini bagi memberi pendedahan berkenaan kepentingan membersihkan dan memulihara alam sekitar.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Pelajar berpeluang mempelajari pengaturcaraan dalam bengkel

stem

Kosmo!  |  19 Februari 2019

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, yang juga merupakan penyelaras program, Dr. Mohamad Sofian Abu Talip memberitahu pada Bengkel Pengaturcaraan yang dinamai ‘CodeCamp with BBC micro:bit’, para peserta telah diminta untuk menambahbaik mana-mana modul yang telah dipelajari secara berkumpulan dengan penilaian dibuat oleh pengajar berdasarkan kreativiti serta usaha berpasukan yang ditunjukkan.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

UM wakili Malaysia ke Amerika Syarikat

law fac

Harian Metro  |  25 Februari 2019

Universiti Malaya (UM) terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan Phillip C Jessup International Law Moot Court di Washington, Amerika Syarikat, yang akan berlangsung bulan hadapan.

Ia selepas UM yang diwakili Caysseny Tean Boonsiri, 21, (oralis); Amiratu Al Amirat Garbaa, 23, (oralis); Lily Sabreena Mastura, 23, (peguam cara); Nur Aliya Ayob, 22, dan Gabrielle Nicholas Rohan, 23, muncul juara keseluruhan, dengan mengenepikan cabaran tuan rumah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di gelanggang sendiri dalam pertandingan berkonsep perundangan berkenaan di peringkat kebangsaan.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan. 

Bina kerjaya pramusaji profesional

azr waiter

Berita Harian  |  28 Februari 2019

“Tercetusnya idea ini juga adalah kerana saya nampak peluang besar memandangkan Universiti Malaya adalah lokasi yang strategik dan juga dipenuhi pelajar profesional daripada segi pendidikan serta kemahiran yang tinggi."

Mengenai perkhidmatan yang ditawarkan syarikatnya, Arif juga memberitahu, tangungjawab mereka adalah menjalankan tugas sebagai pramusaji dan menjaga protokol.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Aktif dalam dunia pengakap

pengakap

Berita Harian  |  28 Februari 2019

Muhammad Naufal Othman, 20, pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya yang aktif dalam dunia pengakap sejak berusia sembilan tahun itu mendapat pengiktirafan apabila dilantik sebagai Wakil Belia pada Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik Ke-26 di Manila, FIlipina, tahun lalu.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Curi harta intelek

img (2)

Harian Metro  |  25 Februari 2019

Menjelaskan mengenai budaya fotokopi, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Nahrizul Adib Kadri berkata, isu berkenaan agak luas spektrumnya untuk dibahaskan kerana membabitkan ramai pihak dan cabaran yang berangkai.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Mahasiswa UM bantu petani Aceh

Mahasiswa bantu petani Aceh

Utusan Melayu Online  |  06 Mac 2019

SEKUMPULAN 27 mahasiswa Universiti Malaya (UM) dari pelbagai jurusan menimba pengalaman sebagai sukarelawan di Desa Wisata Lubok Sukon, Aceh, Indonesia baru-baru ini.

Mahasiswa terbabit merupakan peserta program anjuran Sekretariat Sukarelawan UM (SEKRUM) yang dinamakan Voluntourism Abroad yang julung kali diadakan. Program itu mendapat kerjasama dari Universitas Syiah Kuala, Aceh.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Artikel program ini turut mendapat liputan oleh Sinar Harian (Kampus UOLS). Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Artikel program ini turut mendapat liputan oleh Kosmo! Online.  Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan yang ditulis semula oleh SEKRUM.

Ekoterapi anak istimewa di Rimba Ilmu

anak istimewa

Utusan Malaysia  |  07 Mac 2019

Program aktiviti ekoterapi untuk murid pendidikan khas kelolaan Dr. Donnie Adams, dari Institut Kepimpinan Pendidikan, Fakulti Pendidikan UM yang dinamai ‘One with Nature’ ini menerima dana geran Pusat Komuniti dan Kelestarian UM (UMCares), dan telah dilaksanakan di Rimba Ilmu, UM. Para peserta dan ibubapa diajar teknik-teknik rawatan pemulihan berasaskan alam semulajadi yang boleh dipraktikkan di rumah dan taman rekreasi.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan.

Berkongsi ilmu astronomi Islam dengan pelajar sekolah

ilmu astronomi Islam

Sinar Harian (Kampus UOLS)  |  19 Julai 2018

Berdasarkan pemahaman mengenai kepentingan bidang ini kepada masyarakat, sekumpulan mahasiswa tahun pertama dari jurusan Astronomi Islam, Jabatan Fiqh Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) dengan bimbingan Penasihat Program merangkap Pensyarah Kanan jabatan berkenaan, Dr. Raihanah Abdul Wahab telah mengadakan sebuah program jalinan masyarakat yang berteraskan bidang astronomi bersama pelajar-pelajar aliran sains tingkatan empat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Sila TEKAN SINI untuk melihat paparan penuh artikel berkenaan. Selain itu, program yang sama juga turut mendapat liputan daripada Utusan Malaysia pada 06 Mac 2019.