College Facilities

KEMUDAHAN AM

LOBI 
Lobi terletak di aras bawah blok siswa dan siswi. 

PEJABAT 

Pejabat Kolej terletak di blok C Isnin-Khamis : 8.30pagi-1.00 tghari / 2.00-5.30ptg Jumaat : 8.30pagi-11.45pagi / 2.45-5.30 ptg 

KEMUDAHAN "WIRELESS" 
Internet tanpa wayar (wireless) boleh didapati di sekitar kolej ini. 

TEMPAT LETAK KENDERAAN 
Tempat letak kenderaan bagi pelajar disediakan di lokasi tertentu sahaja. 

AMPAIAN 

Ampaian berbumbung disediakan di setiap blok. 

BILIK SETERIKA 
Ditempatkan di setiap aras blok siswa dan siswi bagi memudahkan pelajar untuk menggosok baju. 

BILIK BACAAN SISWA/I 
Bilik bacaan terletak di blok siswa/i. Bilik ini disediakan oleh mahasiswa/i untuk membuat perbincangan dan mengulangkaji pelajaran. 

BILIK FAIL 
Terletak di aras bawah blok C. Bilik ini menyimpan semua jenis fail berkaitan pentadbiran dan pengurusan. 

PEJABAT PENYELENGGARAAN 
Bilik Penyelenggaraan terletak di aras bawah blok C bersebelahan pejabat domestik. Bidang tugasnya melibatkan urusan penyelenggaraan dan penyediaan infrastruktur di kolej kediaman. 

BILIK GERAKAN  
Bilik gerakan terletak di aras bawah blok B dan blok D. Bilik in merupakan tempat untuk pelajar bermesyuarat dan menjalankan gerak kerja aktiviti. 

BILIK JTK 
Bilik ini terletak di bahagian blok siswi bersebelahan dengan Surau Bestari. Bilik ini digunakan oleh barisan JTK untuk bermesyuarat dan melakukan gerak kerja. 

BILIK MUZIK 
Bilik Muzik terletak di kawasan Dataran Bestari. Terdapat pelbagai peralatan muzik disediakan untuk sebarang aktiviti yang melibatkan muzik. 

BILIK SEMINAR 
Bilik Seminar terletak di bersebelahan Dewan Bestari, Kolej Kediaman Bestari. Bilik ini digunakan untuk melaksanakan sebarang aktiviti kolej. 

BILIK SENI 
Bilik Seni terletak di aras bawah blok D dan merupakan bilik gerakan untuk aktiviti kesenian di kolej ini.  

BILIK VIP 
Bilik Seminar terletak di bersebelahan Dewan Bestari, Kolej Kediaman Bestari. Bilik ini digunakan untuk melaksanakan mesyuarat dan aktiviti khas.

SUKAN DAN REKREASI

DATARAN BESTARI 
Dataran Bestari terletak di hadapan blok siswi. 

STOR SUKAN 
Stor sukan ini menyimpan pelbagai jenis peralatan sukan seperti bola tampar, bola jaring, bola futsal dan basikal. 

KOLAM BESTARI
 
Kolam Bestari terletak di belakang blok siswa. Tasik ini menyediakan suasana aman damai untuk para penghuni beristirehat dan melakukan aktiviti rekreasi. 

TEMPAT PERMAINAN PING PONG 

Tempat permainan ini disediakan di blok D. 

GELANGGANG BESTARI

Gelanggang ini terletak di pintu masuk Kolej Kediaman Bestari. 

GELANGGANG BADMINTON 

Gelanggang ini terletak di Laman Bestari di belakang blok B. 

GELANGGANG TAKRAW 

Gelanggang ini terletak di belakang blok C. 

GELANGGANG FUTSAL 

Gelanggang ini terletak di belakang blok D. 

PERKHIDMATAN

KEDAI DOBI 
Kedai dobi terletak bersebelahan gerai makan. RM2.00 dicaj untuk setiap 1kg pakaian. Waktu operasi : Isnin-Sabtu, 9.00 pg - 8.00 mlm. 

GERAI MAKAN 

Terletak di bahagian hadapan berdekatan pintu masuk. Pelbagai makanan dijual di sini dan beroperasi Isnin-Ahad jam 9.00pg hingga 12tgh malam. 

BESTARI MART (B-MART) 
B-Mart terletak di antara gerai makan dan kedai dobi. Pelbagai barangan keperluan dan makanan dijual. Waktu operasi : Isnin-Ahad, 9.00pg-12.00 tgh mlm. 

MESIN KIOSK MINUMAN DALAM TIN 
Mesin ini disediakan di blok siswa dan siswi sebagai kemudahan untuk mendapatkan minuman berperisa. 

MESIN BASUH DAN PENGERING 
Kemudahan Mesin basuh dan pengering disediakan di blok siswa/i. RM 2.50 dikenakan untuk setiap basuhan.

Last Update: March 23, 2017