header

About Us

General Information

Kolej Kediaman Ibnu Sina telah siap dibina pada tahun 1959 untuk penempatan pelajar daripada jurusan Perubatan di Universiti Malaya. Di awal penubuhannya hanya terdapat dua blok penginapan sahaja yang boleh menempatkan seramai lebih kurang 350 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS). Pelajar lelaki ditempatkan di Blok A, manakala pelajar perempuan di Blok B.

Pada tahun 1980an empat buah lagi blok penginapan telah dibina untuk menampung pertambahan bilang pelajar yang kini dikenali sebagai Blok C, Blok D, Blok E dan Blok F yang mana boleh menempatkan seramai 200 orang pelajar. Pertambahan blok penginapan ini membolehkan KKIS mengambil pelajar dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Pergigian.

Universiti Malaya mengambil inisiatif dengan membina dua blok penginapan di KKIS pada tahun 1990an ekoran pertambahan bilangan pelajar yang mana kini dikenali sebagai Blok G dan Blok H. Sejak tahun 2004, KKIS telah mula menempatan pelajar-pelajar dari lain-lain jurusan seperti Kejuruteraan, Sains Bioperubatan, Farmasi, Kejururawatan, Undang-undang dan Alam Bina.

Sehingga kini, KKIS mempunyai jumlah kapasiti 938, di mana Blok A dan Blok H menempatkan  pelajar lelaki dan selebihnya untuk pelajar perempuan.

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat             : 8.30 am hingga 5.30 pm 
Rehat Isnin - Khamis   : 1.00 pm - 2.00 pm
          Rehat Jumaat   : 12.15 pm - 2.45 pm

Tel : 03-7967 4977/ 03-7949 2740 / 03-7960 1468
Faks : 03- 7956 7306
Email :

Logo

LOGO KOLEJ

Song

LAGU : KOLEJ KEDIAMAN IBNU SINA

Bersama kita menuju
Ke arah kecermelangan
Berganding bahu bertekad
Menghadapi cabaran

Bersama mengejar impian
Berilmu berwawasan
Menjunjung megah harapan
Koleh Ibnu Sina

Membina teras kemajuan
Di pelbagai lapangan
Bersama kita berbakti
Kepada nusa dan bangsa

Dengan semangat perpaduan
Menempa kejayaan
Menjunjung tinggi kebanggaan
Kolej Ibnu Sina

Ciptaan : En. Shaharuddin Amin
Liriknya : Dr. Selene Teoh Tse Yen (Alumni KKIS)

Rule & Regulation

BILIK DAN BLOK PENGINAPAN

Pelajar MESTILAH : 

  1. Mesti berurusan sendiri (in person) di Pejabat KKIS untuk urusan check-in/ check-out/ pindah. Wakil tidak dibenarkan kecuali permohonan bertulis telah diluluskan oleh Pengetua.
  2. Menjaga kebersihan bilik dan blok penginapan masing-masing.
  3. Mendaftar keluar di Pejabat KKIS jika tidak tinggal di kolej pada masa cuti.
  4. Menjaga dan bertanggungjawab terhadap harta benda di bilik atau blok penginapan.
  5. Melaporkan sebarang kerosakkan atau ketiadaan barangan di bilik atau blok penginapan.
  6. Menbenarkan pemeriksaan mengejut (spotcheck) dari semasa ke semasa oleh Pengetua/ Felo/ Pembantu Felo/ Staf Kolej (sama ada lelaki/ perempuan) atau sesiapa sahaja yang dibenarkan oleh Pengetua.
  7. Memastikan tanda nama bersama gambar yang lengkap sentiasa dilekatkan di pintu bilik masing-masing.
  8. Memastikan pelekat/ tanda pendaftaran alatan yang dibenarkan digunakan di dalam kolej/ bilik dipamerkan dengan jelas/ mudah dilihat.

Pelajar DILARANG : 

  1. Menyidai pakaian di pantri/ bilik air dan koridor blok penginapan.
  2. Membiarkan peralatan elektrik yang didaftarkan terpasang semasa pelajar tidak berada di bilik.
  3. Merosakkan dinding.
  4. Membawa binatang peliharaan.
  5. Membawa peralatan elektrik yang tidak dibenarkan.
  6. Membuat bising sehingga mengganggu pihak lain.
  7. Memiliki kunci pendua bilik.
  8. Membawa orang lain (bukan penghuni) menggunakan kemudahan kolej atau tinggakl di bilik.
  9. Merokok di dalam kawasan kolej.
  10. Meletakkan kasut atau selipar (melebihi 2 pasang seorang) di luar bilik atau bersepah di koridor.
  11. Menyendal pintu masuk dengan apa-apa jua benda/ alatan yang boleh menghalang pintu tersebut daripada tertutup dengan sepenuhnya.
  12. Melekatkan sebarang kenyataan/ notis tanpa kebenaran pihak pentadbiran kolej di papan kenyataan atau di mana-mana sahaja.
  13. Menukar bilik kecuali dengan kebenaran Pengetua.
  14. Membawa penghuni/ bukan penghuni (yang berlainan jantina) ke kawasan blok penginapan.

Untuk Kadar Bayaran/ Denda/ Lain-Lain Kesalahan, sila rujuk SINI
Facilities

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di kolej ini seperti :

  1. Dewan bersama pentas
  2. Kedai Runcit
  3. Kafeteria
  4. Kedai Fotokopi
  5. Kedai Dobi
  6. Bilik Bacaan
  7. Bilik Televisyen
  8. Bilik Gimnasium
  9. Bilik Jawatankuasa Tindakan Kolej
  10. Bilik Seminar
  11. Bilik Mesyuarat
  12. Bilik Muzik
  13. Bilik Serbaguna
  14. Bilik ICT
  15. Surau
  16. Kotak surat
  17. Mesin basuh pakaian (syiling)
  18. Vending Machine (Minuman)
  19. Mesin Air RO
  20. Surat Khabar
  21. Tempat letak kereta dan motosikal
  22. Kemudahan Kenderaan - Van
  23. Kemudahan Sistem Siaraya
  24. Gelanggang Sukan: Tenis, Bola keranjang, Bola tampar, Sepak takraw, Padang bola sepak, Bola jaring, Futsal dan Badminton.
Residential College Fact Sheet
Residence Open To: Undergraduates 
Number of Tenants: 922 tenants 
No. of Blocks: 3 blocks for male students, 5 blocks for female students 
Accommodation No food - RM6.50 per day 
Phone Numbers
 No. Office / Unit Phone Number 
 1. Pejabat Am Kolej Kediaman Ibnu Sina  03-7967 4977 / 7960 1468
Fax: +603-7956 7306
 2. Pejabat Pengurus Asrama, Kolej Kediaman Ibnu Sina 03-7960 2011 
3. Pejabat Keselamatan Universiti Malaya 03-7967 7070 / 3582
 4. Pusat Perubatan Universiti Malaya 03-7949 4422 / 03-7961 7070
 5. Unit Trauma dan kecemasan PPUM 03-7949 2500 / 03-7950 2501
 6. Klinik Kesihatan Pelajar Universiti Malaya 03-7956 8921 / 03-7949 2837
 7. Balai Polis Jalan Lembah Pantai 03-2282 2222
 8. Balai BOMBA dan Penyelamat Lembah Pantai  03-2282 4444 
 9. Polis dan Ambulans 999
 10. Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UM  03-7967 3506
 11. Seksyen Kaunseling, Kerjaya & OKU, HEPA 03-7967 3322 / 3430 / 3244 
 12. Seksyen Kesenian & Kreatif, HEPA 03-7967 3347
 13. Unit Perundangan, HEPA  03-7967 3290 
 14. Unit Urusan Penajaan Pelajar, HEPA  03-7967 3497 / 3410 
 15. Unit Kerohanian, HEPA  03-7967 7750 
 16. Unit Penginapan, HEPA  03-7967 3509 / 3545 
 17. Unit Pengangkutan, HEPA  03-7967 3291
 18. Student Empowerment & Research Unit (SERU)  03-7967 7044 / 7057
 19. University of Malaya Entrepreneurship Centre (UMEC) 03-7967 7783 / 7793 

(Sila rujuk papan kenyataan untuk mendapatkan nombor telefon felo bertugas, dan rujuk pada pintu utama blok bagi nombor telefon felo blok)

Emergency Procedures
  • Berhenti daripada sebarang aktiviti yang dilakukan dengan serta merta.
  • Jangan panik apabila mendengar loceng berbunyi dan bertenang.
  • Tutup semua punca kuasa elektrik.
  • Tutup semua bahan yang mudah terbakar.
  • Jangan berlari tetapi barjalan pantas ke pintu keluar yang terdekat.
  • Jangan tolak menolak antara satu sama lain atau membuat bising semasa berjalan keluar.
  • Jangan berlindung di dalam tandas atau bilik-bilik lain.
  • Jangan berpatah balik untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
  • Berkumpul di tempat yang ditetapkan dengan pantas.
peta laluan kecemasan
Maintenance Request

Sebarang kerosakan, pelajar perlu isi borang aduan / MR untuk staf penyelenggaraan ambil tindakan. Sekiranya tiada aduan yang dilakukan staf tidak dapat melakukan kerja-kerja pembaikan.

Borang MR boleh didapati di Pejabat KKIS atau kotak di lobi. SINI

Last Update: April 19, 2017