TAWARAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2017 YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Inline image 1

TAWARAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2017

YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN

 

Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan Biasiswa Tunku Abdul Rahman peringkat Ijazah Sarjana Muda.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 

(a) Syarat Asas

 

(i)            Warganegara Malaysia

(ii)           Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan

 

 

(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum

 

(i)      Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma yang tamat minimum PNGK 3.50 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam negara yang mencapai minimum PNGK 3.50 dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.

 

(ii)       Sekurang-kurangnya Kepujian Tertinggi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

 

(iii)     Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam kokurikulum (terutama di peringkat luar sekolah / universiti)

 

 

TAJAAN BIASISWA

 

Tajaan biasiswa adalah seperti berikut:

 

(i)          Yuran Pengajian

(ii)         Elaun Sara Hidup

(iii)        Elaun Buku

(iv)      Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amali / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).

(v)         Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).

(vi)         Program Pengkayaan Diri

 

 

PERMOHONAN

 

Bersama-sama ini dilampirkan Borang Permohonan BPTAR atau borang permohonan tersebut boleh dimuat turun daripada laman web Yayasan Tunku Abdul Rahman di www.yayasantar.org.my.

 

Borang permohonan yang telah lengkap beserta dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah diserahkan ke Pejabat Am, Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni selewat-lewatnya sebelum 7 April 2017/ Jumaat untuk ulasan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan tindakan selanjutnya oleh pihak kami untuk penghantaran borang-borang tersebut ke YTAR.

 


DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA BORANG PERMOHONAN:

 

 

·         Salinan kad pengenalan pemohon;

 

·         Salinan Surat Beranak pemohon;

 

·         Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Malaya;

 

   ·         Salinan Sijil PMR dan SPM;

 

  ·    Salinan Sijil kemasukan lain (contoh: STPM/ Diploma/ Asasi/ Matrikulasi dll.)

            ·         Salinan keputusan peperiksaan terkini;

            ·         Salinan bukti penyertaan atau pencapaian aktiviti kokurikulum dan kegiatan luar.

            ·         Salinan Kad Pengenalan Ibubapa atau penjaga;

            ·         Salinan slip gaji / surat pengesahan pendapatan / kad pesara ibubapa atau penjaga ;

 

  ·     Salinan Sijil Kematian / Akuan Sumpah / Surat Pengesahan sekiranya ibu atau bapa kandung meninggal dunia atau tidak dapat dikesan / bercerai;

 

 

 

Nota:

·         “Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil oleh pihak YTAR untuk sesi program pemerhatian dan temuduga.”

 

·         “Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.”

 

-- 
_____________________________________________________________
 
Urusan Penajaan Kewangan Pelajar / Student Financial Sponsorship
Seksyen Pentadbiran & Perkhidmatan / Adminisration and Services Section
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni / Student Affairs & Alumni Division
Universiti Malaya / University of Malaya

Tel : 03-7967 3410 / 3497
Faks : 03-7967 3472
 
Website : www.hepa.um.edu.my

Lampiran: Borang Permohonan BPTAR 2017
                 NotisTawaran BPTAR 2017