TAWARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA

TAWARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA

 

Menyediakan kemudahan Pembiayaan Boleh Ubah bagi melanjutkan pengajian sepenuh masa / separa masa / PJJ di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 

1) Kelayakan Asas

·        Warganegara Malaysia

·        Anggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA / anak anggota koperasi / kakitangan ANGKASA / anak kakitangan ANGKASA.

·    Telah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.

·       Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.

·   Maksimum empat (4) tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja)

 

2) Kelayakan Umur

Syarat-syarat Permohonan

Umur

1) Anak anggota koperasi (ahli ANGKASA) dan anak kakitangan ANGKASA

2) Anggota koperasi (ahli ANGKASA dan kakitangan ANGKASA

Tidak melebihi 25 tahun

Tidak melebihi 40 tahun

3) Kelayakan Akademik

Syarat-syarat Akademik

a) Lulus Pra Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00; atau

b) Lulus STPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya (B-) dalam matapelajaran Pengajian AM dan dua (2) matapelajaran yang lain; atau

c) Lulus STAM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya (5) kelulusan Jayyid-Jiddan dari mana-mana matapelajaran dan berpengetahuan dalam bidang pengkomputeran dan Bahasa Inggeris.

 

4) Bidang Pengajian

Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti bidang pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan, pengurusan pelaburan, perakaunan, ICT, undang-undang, kejuruteraan, bioteknologi atau bidang-bidang yang relevan dengan pembangunan koperasi.

 

5) Keistimewaan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA

 

1.    Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian kelas dan gred pengijazahan adalah seperti berikut:-

 

SISTEM KELAS

PERATUS PERUBAHAN KEPADA BIASISWA

Pertama

100% Biasiswa

Kedua Atas

75% Biasiswa

Kedua Bawah

50% Biasiswa

Lain-lain

100% Pembiayaan

2.    Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan sebarang faedah atau caj perkhidmatan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA
BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA 2016 update  

 
-- 
_____________________________________________________________
 
Urusan Penajaan Kewangan Pelajar / Student Financial Sponsorship
Seksyen Pentadbiran & Perkhidmatan / Adminisration and Services Section
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni / Student Affairs & Alumni Division
Universiti Malaya / University of Malaya

Tel : 03-7967 3410 / 3497
Faks : 03-7967 3472
 
Website : www.hepa.um.edu.my