TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

 

BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN SIJIL PROFESIONAL DI BAWAH PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2017

 

PENGENALAN

 

Permohonan    adalah    dipelawa    kepada    calon-calon      Lepasan       Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2016 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40. Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dan sijil profesional diinstitusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

 

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada industri.

 

 

Bagi tahun 2017, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, Institut Kemahiran Awam, UniKL Malaysia Institute of Aviation Technology(MIAT), UNiKL Malaysia Institute of Marine Engineering Technology (MIMET) dan KolejUniversiti Poly-Tech MARA (KUPTM).


 

2. SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

 

 

 

2.1        Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

 

 

2.1.1 Syarat-Syarat Umum

 

 

 

(i)           Warganegara Malaysia;

 

(ii)          Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 buat kali pertama;

 

(iii)        Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);

 

(iv)        Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA;

 

(v)         Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan

 

(vi)        Pendapatan isirumah ibu bapa/ penjaga adalah tidak lebih daripada RM3,860.00 sebulan.

 

 

2.2.2  Syarat Khusus

 

 

 

i.             Bagi Universiti Awam / Politeknik / UniKL MIMET / UniKL MIAT / KUPTM

 

 

a.             Menduduki SPM pada tahun 2016 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lainyang diambil; dan

 

 

b.             Telah mendapat tempat di institusi pengajian tersebut.

 

 

ii.             Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI))

 

 

a.             Menduduki SPM pada tahun 2016 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus bagi mata pelajaran

 

Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan

 

 

b.             Telah mendapat tempat di institusi pengajian tersebut.

 

 

 

3.     BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA

 

 

 

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah Pendidikan, Kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP.

 

 

 

4.     CARA MEMOHON

 

 

 

Permohonan dibuka secara atas talian di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 12 Julai 2017 (Rabu) jam 5.00 petang hingga 18 Julai 2017 (Selasa) jam 5.00 petang. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

 

 

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2017 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

 

 

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (5 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga jam 5:30 petang atau e-mel di alamat dermasiswa2017@jpa.gov.my.

 

 

 

5.     KEPUTUSAN PERMOHONAN

 

 

 

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawanghttp://esilav2.jpa.gov.my/ pada 29 Ogos 2017 (Selasa) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal Esila.

 FAQ B40 2017
SYARAT DB40 2017 

-- 
_____________________________________________________________
 
Urusan Penajaan Kewangan Pelajar / Student Financial Sponsorship
Seksyen Pentadbiran & Perkhidmatan / Adminisration and Services Section
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni / Student Affairs & Alumni Division
Universiti Malaya / University of Malaya

Tel : 03-7967 3410 / 3497
Faks : 03-7967 3472
 
Website : www.hepa.um.edu.my