TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2017

TAWARAN PENAJAAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH PERTAMA

DI BAWAH PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2017

 

 

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar yang sedang berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian untuk memohon penajaan di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2017. Pelajar akan ditaja di peringkat Ijazah Pertama di institusi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara kaedah Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

 

Permohonan akan dibuka secara atas talian (online) di pautan http://esilav2.jpa.gov.my  mulai 13 Jun 2017 (Selasa) jam 9 pagi hingga 19 Jun 2017 (Isnin) jam 5.00 petang. Bersama-sama ini dilampirkan syarat-syarat pemohonan PIDN 2017 dan FAQ PIDN 2017 untuk rujukan.

 

Sekian, untuk makluman para pelajar.

-- 
_____________________________________________________________
 
Urusan Penajaan Kewangan Pelajar / Student Financial Sponsorship
Seksyen Pentadbiran & Perkhidmatan / Adminisration and Services Section
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni / Student Affairs & Alumni Division
Universiti Malaya / University of Malaya

Tel : 03-7967 3410 / 3497
Faks : 03-7967 3472
 
Website : www.hepa.um.edu.my