TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2017

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI  SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2017

 

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Kedua Tahun 2017 pada 1 Ogos 2017 (Selasa).

 

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

 

Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :

 

PERKARA

KETERANGAN

 

 

 

 

KELAHIRAN

·PEMOHONlahir di Negeri Selangor; atau

 

·IBUatauBAPApemohon lahir di Negeri Selangor; atau

 

·Pemohon telahBERMASTAUTINlebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

 

PERINGKAT PENGAJIAN

·Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secaraSEPENUH MASAsahaja.(Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) tidak layak memohon);

 

PENAJAAN

·Pemohon yangBELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN (BIASISWA & PINJAMAN)dari lain-lain penaja;

 

·PemohonTIDAK BEKERJAdan tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap;

 

PENCAPAIAN AKADEMIK

·Pemohon yang memperolehiPENCAPAIAN AKADEMIKyang baik akan diberi keutamaan;

 

TAHUN PENGAJIAN

·PemohonBUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIANatau diberi tempoh pelanjutan pengajian.

 

 

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akedemik seperti berikut :

 

 

Peringkat Pengajian

Kelayakan Akademik

 

 

 

 

 

Ijazah Pertama

·Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengankelulusan PNGK/ CGPA 2.50ke atas; atau

 

·Memperoleh sekurang-kurangnya empat(4) GRED Cdalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSTPM; atau

 

·Memperoleh sekurang-kurangnyalima (5) kelulusan (jayyid)dalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSTAM.

 

 

Diploma

·Memperoleh sekurang-kurangnyalima (5) kepujiandalam mana-mana matapelajaran di peringkatSPM; atau

 

·Memperoleh kelayakan Sijil dengankelulusan PNGK/ CGPA 2.50ke atas.

 

Sijil (IPTA)

·Memperoleh sekurang-kurangnyaempat (4) kepujiandalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSPM.

Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)

·Memperoleh sekurang-kurangnyatiga (3) kepujiandalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSPM.

 

TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN

Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut: 


Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) / Institusi Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).

 

 

 

KADAR PINJAMAN YANG DITAWARKAN

 

Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 

Peringkat Pengajian

Kadar Pinjaman (Setahun)

Ijazah (Perubatan)

RM7,000.00

Ijazah (Lain-lain)

RM6,500.00

Diploma

RM4,900.00

Sijil

RM4,000.00

 

Nota: Kadar tajaan pinjaman ini adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan.

 

 

PROSEDUR PERMOHONAN

 

Permohonan adalah secara atas online sahaja. Sila layari laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my

 

-       Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

-       Permohonan yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor.

-       Panggilan sesi temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my

 

 

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2017 (Khamis)

 

 Iklan Tawaran

 
-- 
_____________________________________________________________
 
Urusan Penajaan Kewangan Pelajar / Student Financial Sponsorship
Seksyen Pentadbiran & Perkhidmatan / Adminisration and Services Section
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni / Student Affairs & Alumni Division
Universiti Malaya / University of Malaya

Tel : 03-7967 3410 / 3497
Faks : 03-7967 3472
 
Website : www.hepa.um.edu.my