YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN SKIM BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN 2017

Inline image 2
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN 

SKIM BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN 2017

 

 

Bantuan pelajaran yang diberi nama Skim Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini diwujudkan untuk mengenang sifat perihatin Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama.

 

BPTAR ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang keluarga miskin bagi menampung kos sara hidup untuk dua (2) semester (10 bulan sahaja) semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

 

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(i)         Warganegara Malaysia.

(ii)        Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.

(iii)       Berlatarbelakang keluarga miskin.

(iv)    Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon.

 


KADAR BANTUAN DAN CARA BAYARAN


Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman. Sumbangan akan diberikan melalui Bendahari Universiti.

 

 

 

PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA


Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).

 



PERMOHONAN



Calon yang layak boleh mendapatkan Borang Permohonan BPTAR dengan memuat turun daripada laman web Yayasan Tunku Abdul Rahman di www.yayasantar.org.my

 

 

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan berikut hendaklah dihantar ke alamat berikut selewat-lewatnya sebelum 30 September 2017.

 

 

Pejabat Am

Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Aras 2, Blok E, Kompleks Perdanasiswa

Universiti Malaya

 

Dokumen yang perlu disertakan bersama Borang Permohonan BPTAR 2017:

 

 

         Borang Permohonan BPTAR 2017 yang telah lengkap diisi;

 

         Salinan kad pengenalan pemohon;

 

         Salinan kad matrik pemohon;

 

         Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Malaya;

 

         Salinan kad pengenalan ibubapa atau penjaga;

 

         Salinan slip gaji / surat pengesahan pendapatan / kad pesara ibubapa atau penjaga;

         Salinan Sijil Kematian / Surat Cerai / Surat Pengesahan sekiranya ibu atau bapa kandung meninggal dunia, bercerai atau tidak dapat dikesan;

 

         Salinan Sijil SPM/ STPM/ Diploma/ Matrikulasi

 

         Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pemohon semester kedua ke atas)

 

 
 

·         Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohoan yang tidak dihubungi oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

 

TAWARAN _BPTAR
Borang Bantuan Pelajaran TAR 2017


-- 
_____________________________________________________________
 
Urusan Penajaan Kewangan Pelajar / Student Financial Sponsorship
Unit Pembangunan Rohani, Penajaan & Zakat / Spiritual Development Unit, Sponsorship & Zakat
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni / Student Affairs & Alumni Division
Universiti Malaya / University of Malaya

Tel : 03-7967 3410 / 3497
Faks : 03-7967 3472